Thursday, July 23, 2020

Sanggup Tinggalkan Dua Anak

https://www.facebook.com/211591442051/posts/10158816353717052/

SEORANG bapa bukan sahaja membawa anak untuk melepaskan gian menghisap dadah namun tergamak meninggalkan dua beradik itu bagi mengelak dirinya ditahan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Bertindak melalui hasil risikan dan maklumat awam, sepasukan anggota AADK Seberang Perai Tengah yang menjalankan Op Bersepadu menggempur sebuah hutan belukar di Permatang Pauh, di Bukit Mertajam, petang semalam.
Ketika operasi dari jam 6.30 petang hingga 8.30 malam itu didapati tiga lelaki yang mahu melepaskan gian bertempiaran lari ke arah hutan bersebelahan sawah padi selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Pengarah AADK negeri, Elmariah Chung berkata, bagaimanapun dua daripadanya berjaya ditahan, manakala seorang lagi meloloskan diri.
"Lebih teruk, lelaki yang melarikan diri itu meninggalkan dua anaknya berusia tujuh dan sembilan tahun yang dibawanya ke kawasan hutan terbabit.
"Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas dua lelaki yang ditahan mendapati mereka positif dadah," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jelasnya, kawasan hutan belukar itu antara lokasi aktif sebagai tempat melepaskan gian yang dikesan sejak seminggu lalu.
Elmariah berkata, pihaknya menghantar dua kanak-kanak lelaki itu kepada keluarga yang terdekat demi menjaga kebajikan mereka.
Dua penagih dadah yang diberkas kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 pindaan 1998.

1 comment:

  1. Numpang promo ya Admin^^ (f)
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.biz ^_$
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^ x-)

    ReplyDelete

HUAWEI P40 SERIES: OK KE TANPA GOOGLE?

 1. Huawei? handfon ini takde  Google tau 2. Fon ni takde google play 3. Whatsapp, google semua takde. My Sejahtera pun takde. 4. Handfon ni...