Monday, August 10, 2020

HUAWEI P40 SERIES: OK KE TANPA GOOGLE?

 1. Huawei? handfon ini takde  Google tau

2. Fon ni takde google play

3. Whatsapp, google semua takde. My Sejahtera pun takde.

4. Handfon ni mahal tapi tau kan yang google takde dlm fon ni.


Ini persoalan yang kerap aku jumpa bila hati mula tergerak untuk tukar telefon. Ya, Huawei P9 Plus yang aku guna sekarang betul-betul maksimum penggunaan, tapi tak rosak pun. Jatuh dalam macam2 arah tap masih stable.I respect kamera fon ini yang begitu mengagumkan. Leica kot. Kamera jenama ni, kurang2 7k.

nanti aku sambung lagi tulisan berkenaan handfon yang satu ini


ROAD TO GOPRO HERO 5 BLACK

The GoPro Hero 5 is the ultimate action camera in Malaysia. GoPro’s flagship of outdoor cameras, the Hero5 Black is here with the highest specs of any GoPro camera, with the ability to shoot 1080p videos at 120fps. Whether it’s an outdoor adventure or your daily routine, you’ll be able to record the most memorable events with a GoPro Hero 5 Black. 

GoPro Hero 5

No need to install the underwater casing

Tuesday, August 4, 2020

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG: APC

Anugerah khidmat cemerlang adalah anugerah yang diberikan kepada seseorang anggota tidak kira sama ada mereka berada di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) atau Sistem Saraan Malaysia (SSM) bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan kerana kualiti/kuantiti sumbangannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan anggota berkenaan sebagai contoh dan daya penarik kepada lain-lain anggota untuk sama-sama meningkatkan lagi taraf perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi.


Had siling pemberian Anugerah khidmat cemerlang ialah tidak melebihi 8% jumlah anggota dalam sesebuah organisasi pada 31 Disember tahun penilaian.


Hadiah bagi penerima Anugerah Khidmat Cemerlang seperti berikut:

  1. Sijil Perkhidmatan Cemerlang
  2. Hadiah Prestasi sebanyak RM1000.00

Kelmarin majlis ini telah diadakan bagi meraikan 26 penerima dari 3 PTJ yang berbeza iaitu AADK Negeri Pulau Pinang, PUSPEN Kg. Selamat dan Klinik C&C Bukit Mertajam.

Proses:
1. Senarai akhir nama penerima daripada ibupejabat.
2. Mesyuarat penyelarasan dan perbincangan di antara PTJ untuk pengagihan tugasan.
3. Pewujudan jawatankuasa pelaksana
4. Lawatan tapak
5. Pelaksanaan tugasan. Senarai semak tugasan. Aturcara Pentadbiran. Teks Ucapan Pengarah. Teks Pengacara Majlis
6. Mesyuarat ahli jawatankuasa untuk follow up dan semakan status terkini
7. Hiasan pentas. Backdrop. Photobooth
8. Rehearsal kecil
9. Rehearsal rasmi bersama PA sistem, juruacara majlis dan penerima anugerah
10. Majlis berlangsung
11. Majlis bersurai
12. Post mortem

Friday, July 24, 2020

Terjun parit tak mahu ditangkap

DUA lelaki terjun ke dalam parit dipenuhi kiambang bagi mengelak dicekup anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang membuat rondaan sekitar Nibong Tebal, semalam.
Pengarah AADK Pulau Pinang, Elmariah Chung berkata, anggotanya membuat rondaan pada 9 pagi sebelum terserempak dengan dua lelaki berusia lingkungan 40-an menunggang motosikal berada dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, ketika anggota hendak menahan motosikal itu, penunggangnya enggan memberhentikan kenderaan malah memecut laju.
"Anggota AADK mengekori motosikal terbabit dan mendapati mereka mencampakkan motosikal yang dinaiki sebelum terjun ke dalam parit yang dipenuhi kiambang.
"Kemudian anggota mengarahkan kedua-dua mereka naik ke darat namun hanya penunggang saja yang naik manakala pemboncengnya enggan memberi kerjasama.
"Selepas 30 minit usaha memujuk pembonceng naik tidak berhasil, anggota AADK terpaksa menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk meminta bantuan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, pembonceng motosikal berkenaan ditarik keluar dari parit itu dengan menggunakan pelampung.

"Kedua-dua suspek dibawa balik ke pejabat AADK Seberang Perai Selatan dan ujian air kencing yang dijalankan ke atas mereka didapati positif dadah jenis morfin.
"Mereka ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Pemulihan Dadah 1983," katanya.
Sementara itu, Elmariah berkata, lelaki yang ingin melepaskan gian menghisap dadah hingga meninggalkan dua anak lelakinya di dalam hutan belukar akhirnya ditahan awal pagi tadi.
"Suspek berusia 41 tahun ditahan di sebuah rumah dekat Bukit Mertajam pada jam 1 pagi.
"Kita turut menahan rakan suspek yang turut terbabit dalam penyalahgunaan dadah," katanya

Thursday, July 23, 2020

Pasangan kekasih ditahan bersama tokan dadah

Sepasang kekasih antara ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang di sebuah rumah di Gelugor di sini kerana dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah.


Pengarahnya, Elmariah Chung berkata, selain pasangan tersebut, pihaknya turut menahan seorang wanita bersama anaknya dan dua lelaki dalam serbuan di rumah teres di kawasan tersebut malam tadi.

Menurutnya, kesemua mereka ditahan dalam Ops Cegah yang dijalankan oleh sepasukan penguat kuasa AADK Pulau Pinang bermula jam 7 malam tadi.

"Ketika serbuan, terdapat lima individu dalam rumah tersebut termasuk pasangan kekasih yang berusia 26 dan 21 tahun itu. Mereka mendakwa menyewa bilik di rumah tersebut sejak sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Ketika disoal, pasangan tersebut mengaku terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

"Selain mereka, kita menahan seorang wanita berusia 23 tahun dan anaknya berusia dua tahun. Turut ditahan, dua lelaki berusia 40an yang dipercayai menjadi tokan dadah di kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.


Beliau berkata, pihaknya merampas 16 gram heroin yang dipercayai digunakan suspek.

"Siasatan awal mendapati, kenalan kepada pasangan tersebut sering berkunjung ke rumah sewa mereka untuk melepaskan gian. Kesemua yang ditahan mengaku terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan menjadikan rumah tersebut sebagai lokasi untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral itu.

"Kesemua yang ditahan diserahkan kepada polis untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Kita akan terus menjalankan operasi ini dari masa ke masa untuk menangani masalah dadah di negeri ini," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/91520/EDISI/Utara/Pasangan-kekasih-ditahan-bersama-tokan-dadah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Sanggup Tinggalkan Dua Anak

https://www.facebook.com/211591442051/posts/10158816353717052/

SEORANG bapa bukan sahaja membawa anak untuk melepaskan gian menghisap dadah namun tergamak meninggalkan dua beradik itu bagi mengelak dirinya ditahan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Bertindak melalui hasil risikan dan maklumat awam, sepasukan anggota AADK Seberang Perai Tengah yang menjalankan Op Bersepadu menggempur sebuah hutan belukar di Permatang Pauh, di Bukit Mertajam, petang semalam.
Ketika operasi dari jam 6.30 petang hingga 8.30 malam itu didapati tiga lelaki yang mahu melepaskan gian bertempiaran lari ke arah hutan bersebelahan sawah padi selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Pengarah AADK negeri, Elmariah Chung berkata, bagaimanapun dua daripadanya berjaya ditahan, manakala seorang lagi meloloskan diri.
"Lebih teruk, lelaki yang melarikan diri itu meninggalkan dua anaknya berusia tujuh dan sembilan tahun yang dibawanya ke kawasan hutan terbabit.
"Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas dua lelaki yang ditahan mendapati mereka positif dadah," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jelasnya, kawasan hutan belukar itu antara lokasi aktif sebagai tempat melepaskan gian yang dikesan sejak seminggu lalu.
Elmariah berkata, pihaknya menghantar dua kanak-kanak lelaki itu kepada keluarga yang terdekat demi menjaga kebajikan mereka.
Dua penagih dadah yang diberkas kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 pindaan 1998.

Bapa bawa 2 anak ke ‘port’ hisap dadah

Seorang bapa sanggup membawa dua anak lelakinya berusia tujuh dan sembilan tahun ke kawasan semak yang dijadikan ‘port’ melepaskan gian. 
Lebih malang, bapa terbabit tergamak meninggalkan kedua-dua anaknya itu ketika melarikan diri selepas kawasan semak di Permatang Pauh dekat sini, diserbu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri.
Bapa terbabit berjaya meloloskan diri dalam serbuan kira-kira pukul 6.30 petang semalam itu.
Pengarah AADK negeri, Elmariah Chung berkata, dalam Op Bersepadu itu, dua lagi penagih dadah yang sedang melepaskan gian berjaya ditahan.
“Kanak-kanak itu dibawa bapa mereka untuk menghisap dadah di kawasan semak yang sering menjadi tumpuan penagih dadah, tetapi melarikan diri sewaktu serbuan dilakukan.
“Kita menyelamatkan kanak-kanak itu dan menghantar mereka kepada keluarga terdekat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Elmariah berkata, hasil saringan ujian air kencing mendapati kedua-dua individu yang ditahan turut positif dadah.
Katanya, kawasan belukar itu dikesan pihaknya hasil risikan dan maklumat awam dijadikan  lokasi aktif bagi aktiviti penagihan dadah sejak seminggu lalu.
“Kedua-dua penagih ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 pindaan 1998,” katanya.  – UTUSAN ONLINE

HUAWEI P40 SERIES: OK KE TANPA GOOGLE?

 1. Huawei? handfon ini takde  Google tau 2. Fon ni takde google play 3. Whatsapp, google semua takde. My Sejahtera pun takde. 4. Handfon ni...