Thursday, July 23, 2020

Bapa bawa dua anak lepas gian dalam semak


Dua kanak-kanak ditinggalkan bapanya selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa AADK.
Seorang lelaki tergamak membawa bersama dua anak lelakinya berusia 6 dan 9 tahun untuk melepaskan gian dadah dalam semak berhampiran kawasan sawah padi di Permatang Pauh di sini petang kelmarin. Bagaimanapun lelaki berusia 40-an itu melarikan diri dan meninggalkan dua orang anaknya selepas kawasan berkenaan diserbu sepasukan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kira-kira jam 6.30 petang.




Pengarah AADK Negeri Pulau Pinang, Elmariah Chung berkata, serbuan Ops Bersepadu itu dilakukan hasil intipan pihaknya selepas mendapati kawasan berkenaan dijadikan tempat melepaskan gian sejak seminggu lalu. Menurutnya, ketika serbuan terdapat tiga lelaki dan dua kanak-kanak di kawasan itu. Kawasan semak berhampiran sawah padi di Permatang Pauh yang dijadikan tempat melepaskan gian dadah.

"Sebaik menyedari kehadiran anggota, kesemua lelaki itu melarikan diri ke dalam hutan dengan meninggalkan kanak-kanak terbabit.

"Dua lelaki berjaya ditahan namun bapa kepada kanak-kanak berkenaan berjaya melarikan diri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.



Elmariah berkata, hasil saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine dan opiat.

Beliau berkata, dua kanak-kanak terbabit dihantar kepada keluarga terdekat bagi menjaga kebajikan mereka.

Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke lokap AADK dan akan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Pemulihan Dadah 1983.

"Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman perintah menjalani pemulihan dalam institusi Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) selama dua tahun atau pemulihan dalam komuniti selama dua hingga tiga tahun," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/93169/EDISI/Utara/Bapa-bawa-dua-anak-lepas-gian-dalam-semak
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

1 comment:

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    dengan minimal deposit hanya 20.000 rupiah :)
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
    - Telkomsel
    - GOPAY
    - Link AJA
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.IONPK.ME (k)
    add Whatshapp : +85515373217 x-)

    ReplyDelete

HUAWEI P40 SERIES: OK KE TANPA GOOGLE?

 1. Huawei? handfon ini takde  Google tau 2. Fon ni takde google play 3. Whatsapp, google semua takde. My Sejahtera pun takde. 4. Handfon ni...